Saya merasa hairan dengan tindakan orang Islam sendiri yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Yang bukan Islam juga tidak terkecuali. Apa yang saya kesalkan ialah tindakan orang Islam sendiri yang mempertikaikan keputusan itu secara terbuka. Nasihat saya kepada pihak yang berkenaan ini, hentikanlah semua ini. Kalau tak puas hati, boleh dibawa berbincang secara tertutup dengan pihak yang berkenaan dan bertanggung jawab dalam hal ini. Janganlah kita menidakkan secara membabi buta.
Kepada yang bukan Islam pula, hentikanlah budaya memprotes mengenai apa jua keputusan Majlis Fatwa. Fatwa hanya untuk orang Islam. Awak tu Islam ke? Kalau awak tu bukan Islam jangan la nak memandai-mandai nak protes. Protes awak semua tidak diperlukan.
Khamis, November 27, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan