Rabu, Mei 20, 2009

PERLUKAH 'MENYIBUK'?

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hari ini di Utusan Malaysia (UM), saya telah membaca satu ruangan tentang 'ISU-ISU AKHBAR CINA' di m/s 11. Dibawah ini saya petik tulisan daripada akhbar UM mengenai isu ini.

Di bawah tajuk 'Dewan Perniagaan Cina desak bubar DUN'. Akhbar Sin Chew Daily pada Ahad lalu (17/5/09) memaparkan berita bertajuk Dewan Perniagaan Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor Desak Bubar DUN. Ia melapor perhimpunan agung tahunan merayu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Ini untuk membolehkan pemilihan semula, agar pengundi negeri Perak mengundi kerajaan mereka.

Begitu juga akhbar Oriental Daily pada hari yang sama. Ia juga mengenai Dewan Perniagaan Cina tetapi di Negeri Sembilan. Menurut akhbar ini, dewan berkenaan mengutuskan sepucuk surat kepada PM, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.
Isi surat ini ialah rayuan agar DUN Perak dibubarkan untuk mengebalikan kuasa politik kepada rakyat.

KOMEN : Jika dilihat desakkan kedua-dua dewan perniagaan ini nampak macam 'menjaga di tepi kain orang'. Kedua-dua dewan perniagaan ini bukanlah dewan perniagaan di negeri Perak. Ianya di luar Perak. Jadi, mengapa nampak seakan-akan hendak menyibuk pula ya? Mungkin mereka ada alasan mereka sendiri. Tetapi dari 'rentak dan alunan kata' seperti menjurus dan menyebelahi pihak-pihak tertentu.

Apa-apa pun kita tunggulah keputusan mahkamah nanti. Biarlah mahkamah yang memutuskannya. Disebabkan PR telah membawa isu ini ke mahkamah, maka ia telah menjadi kes mahkamah. Eloklah pihak-pihak tertentu menghentikan sebarang spekulasi dan desakkan berkenaan isu di Perak.


Wassalam...

Khamis, Mei 14, 2009

'Seloka Politik Biskut'

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Seloka 'Politik biskut' membuka bicara
Sekejab ada sekejab pula tiada

Kejab jadi MB
Kejab tidak lagi

Kejab masuk Pejabat MB
Kejab keluar lagi

Bila Mahkamah dah beri
Nizar dapat balik jawatan MB
Riuh-rendah sana sini
Para penyokong menyanyi-nyanyi
Tak kurang Siva, Ngeh dan Nga lagi
Sama-sama ketawa sampai nampak gusi

Keputusan mahkamah dapat kat depa
Orang lain semua depa dah lupa
Pujian menggunung untuk loyar depa la
Hakim dan mahkamah memang boleh percaya
Demokrasi pula sentiasa dipelihara
(puji la sebab menang kat depa)

Jawatan MB paling di atas
Pegawai tak sebulu pula dicantas
Semua dendam habis dilepas
Tunjuk kuasa kononnya tegas
Kalau boleh semua nak lekas-lekas
Takut nanti akan melepas
Rupanya langsung tak berbekas

Bila semua sudah dikejar
Nampak sangat macam kurang ajar
Matlamat utama DUN akan dibubar
Konon kuasa rakyat tak boleh dibiar
Biar panas mentari membakar
Matlamat Malaysian Malaysia makin berkobar
Semuanya nampak elok di mata pr

Tak sampai 24 jam jawatan Nizar sandang
Kena undur balik, punyalah dia bengang
Pasai Zamri tak akan lepas sebarang
Hak majoriti DUN, BN yang pegang
Mahkamah luluskan rayuan, Zamri girang
PR mula rasa tak senang
Dikata mahkamah putuskan 'sembarang'
(pasai mahkamah tak sebelahi depa)

Seloka biskut berundur diri
Mungkin pedas jika makan cili
Sampai bila Melayu akan begini
Orang lain bersatu kita makin lari
Matlamat perjuangan makin dilupai
Jangan menang sorak kampung tergadai
Generasi hadapan akan berkecai
Hidup merempat di bumi sendiri

Hanya sedikit pesanan cuma
Amanat Allah jangan dilupa
Pemerintah harus jujur sedia
Ingat akan hukum karmanya
Agama, bangsa dan negara
Itulah matlamat utama
Agar sentosa dan aman adanya
Fikir-fikirkanlah semuanya

Wassalam......

Isnin, Mei 11, 2009

SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Selamat Hari Ibu untuk mak tersayang yang berada di Kg Pulau Timbul, Jitra Kedah. Jasa mak tak akan kak lupakan. Terima kasih mak kerana menyayangi anak mak ini. Terima kasih juga di atas segala ilmu dunia dan akhirat yang mak berikan kepada kami 7 beradik.

Ucapan untuk mak 'terima kasih kerana memahami kak'. Mak sentiasa bersabar dengan segala kerenah kami. Apa yang meruntun hati kak apabila mak mengalirkan air mata dikala ujian daripada Allah dengan kerenah anak-anak mak.

Sabarlah mak, mungkin ada hikmah pada setiap apa yang berlaku. Kami adik-beradik sentiasa berharap mak akan terus cekal dalam mengharungi liku-liku hidup seharian.

Semoga mak dan ayah sentiasa dirahmati Allah selalu. Kak doakan agar kebahagiaan kita sekeluarga akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

SAAAYYYAAANNNGGG.... MAK.

Wassalam....

Jumaat, Mei 08, 2009

Itulah hakikatnya bila tak dapat terima hakikat

Malu, malu, malu!!!
Itulah yang berlaku pada sidang DUN di Perak semalam (7/5/09). Sidang yang sepatutnya dijadualkan pada sebelah pagi telah tertangguh selama 6 jam. Ini semua gara-gara sikap 'minda kelas kelima' ahli-ahli YB pakatan haram. Mereka sewenang-wenangnya menggunakan undang-undang rimba untuk menterjemahkan maksud demokrasi pada pandangan mereka.

Malu, malu, malu!!!
Pakatan haram ini sebenarnya tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka tidak lagi menguasai majoriti di DUN Perak. Speakernya pula iaitu anne Sivakumar bertindak menunjukkan sikap yang amat kurang ajar. Tindakan beliau yang enggan bangun dari tempat duduk di kerusi speaker adalah amat memalukan (macam budak-budak hingusan main kerusi muzik). Kedegilannya itu mengundang tindakan beberapa polis mengangkatnya keluar daripada dewan bersama-sama dengan kerusi sekali (bagi je la kerusi tu pada anne Sivakumar, boleh suruh dia letak dalam frame dan jadikan hiasan atau cenderamata sebagai kenangan terakhir memegang jawatan sebagai speaker). Boleh juga cadangkan dia buat persidangan di bawah pokok tempat 'pujaan hati' itu. Jadilah speaker sampai bila-bila pun tak ada siapa yang marah.

Malu, malu, malu!!!
Terjadi juga insiden jerit, pekik dan lolongan oleh ane Sivakumar ini dan ahli YB pakatan haram ini. Langsung tidak menunjukkan ketokohan sebagai seorang wakil rakyat atau YB yang mewakili rakyat. Inilah harga yang perlu dibayar oleh rakyat negeri Perak yang telah tersalah memilih pakatan haram ini mewakili mereka. Inilah yang dikatakan indah khabar dari rupa. Walaupun mungkin BN dilihat bagai jadam oleh para pengundi pakatan, tetapi haraus diingat, jadam inilah sebenarnya adalah ubat yang amat mujarab untuk memulihkan keadaaan seperti sebelum PRU12 yang lalu.

Malu, malu, malu!!!
Diluar dewan / bangunan tempat berlangsungkan sidang ini, suasana tidak kurang 'meriahnya'. Walaupun pihak polis telah memberikan amaran / arahan larangan daripada menghampiri 500 meter dari kawasan berkenaan, ternyata larangan ini ibarat mencurah air ke daun keladi. Masih terdapat ramai pemimpin dan pengikut pakatan haram ini yang cuba mencabar arahan ini. 69 orang ditahan dalam insiden ini.

Seperti yang dijangka, pemimpin dan pengikut pakatan haram ini akan menyalahkan pihak polis berikutan tangkapan ini. Kononnya menghalang demokrasi. Geng-geng pakatan haram ini telah menyalahgunakan demokrasi. Demokrasi ditafsirkan mengikut kehendak, keperluan dan ruang lingkup perjuangan mereka sahaja. Mereka terlalu terikut dengan budaya luar yang tidak selari dengan budaya rakyat Malaysia.

Dikhabarkan juga ada segelintirnya telah melakukan sembahyang hajat pada malam sebelum itu dengan tujuan untuk menggagalkan dan terjadinya gangguan dan kelancaran sidang DUN. Nampaknya mereka telah menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik.
Sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang benar.

Nasib baik sidang DUN dapat juga dijalankan dengan lancar lebih kurang jam 3 petang. Tindakan YM Raja Nazrin Shah menasihatkan Nizar dan Ngeh agar memberikan kerjasama membuahkan hasil. Alhamdulillah semuanya dapat disudahi dengan lancar.

KESIMPULANNYA : BELAJARLAH MENERIMA HAKIKAT. HIDUP INI IBARAT RODA.

Wassalam.....

Rabu, Mei 06, 2009

Suasana kelam-kabut lagiii.....

Assalamualaikum & salam sejahtera.

PILIHANRAYA KECIL DATANG LAGI
Penat, sakit mata dan seribu macam lagi dirasakan. Belumpun PRK DUN Penanti di Penang bermula, sudah kedengaran mungkin ada lagi satu PRK di DUN Alam Shah, Selangor. Tak habis-habis. Dah tak ada kerja lain ke? Mengikut pendapat peribadi dan pandangan insan kerdil seperti kami ini, PR sengaja melakukan PRK kerana :-
1. Tak tau nak buat kerja sebagai ADUN
2. Pemimpin PR sekarang adalah ADUN mee segera yang tidak berkualiti.
3. Tak pernah jadi ADUN, sebab itulah jadi seperti kaduk naik junjung.
4. Ketua pembangkang pula tak habis-habis dengan agenda janji-janji kosong.
5. Hendak menutup kelemahan yang mereka sebenarnya memang tak layak jadi
pemimpin.
6. Sentiasa mencari kesalahan pihak lain di atas apa sahaja yang berlaku pada PR.

(Banyak lagi kalau boleh disenaraikan)
Sebab itulah mereka suka sangat PRK, dan mengatakan ini adalah sebahagian daripada demokrasi. Tetapi jika BN yang melakukannya, ianya akan dikutuk sekeras-kerasnya oleh mereka. BN akan dikatakan sengaja hendak membazir, mencari populariti dan lain-lain tuduhan liar yang dilemparkan. Macam ada 'double standard'. (Perangai macam budak-budak tadika, rasanya budak-budak tadika sekarang lebih cerdik daripada mereka)

PEMIMPIN PAS DARI KALANGAN ULAMA?????
Itulah yang didakwa oleh PAS (sebenarnya hamPAS). Takkanlah orang seperti Mat Sabu boleh dipanggil ulama? (ular dalam semak tu mungkin la). Beliau yang terkenal dengan kelancangan lidah yang penuh dengan memaki-hamun, kutukan liar, fitnah, pembohongan,penyebaran dakyah dan pernah ditangkap basah itu sesuai ke nak dipanggil ulama???

Tak tahu bagaimana kriteria yang diletakkan oleh PAS untuk melabelkan para pemimpinnya sebagai ulama. Kalau orang seperti Harun Din tu memang betul la ulama.

Kemusyhkilan juga timbul pada Dato' Seri Hj. Hadi. Jika Hj Hadi dikatakan sebagai ulama, adakah ulama boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan amanat dan mengkafirkan saudara sesama Islam? Nik Aziz juga tidak ketiggalan, pernah juga banyak kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan tentang Islam.

Tidak ketinggalan juga dengan beberapa orang lagi pemimpin PAS. Kalau kita amati di dalam setiap ceramah mereka elemen-elemen yang 'perlu' dimasukkan adalah :-
1.Maki-hamun
2.Fitnah
3.Pembohongan
4.Mendoakan untuk memusnahan orang Islam lain (yang tidak 'sekapal' dengan mereka)
5.Kutukan dan kadang-kadang sanggup melaknat (walaupun ke atas orang islam lain)

Persoalannya, ADAKAH INI CIRI-CIRI DAN ISI KANDUNGAN CERAMAH SEORANG ULAMA???. Jika inilah 'acuannya' (ulama) maka tidak hairanlah ada 'kuihnya' (para pengikut PAS) menjadi sangat biadap dan boleh dikatakan amat kurang ajar.

KOMEN SAYA : PADA PENDAPAT SAYA, ULAMA YANG SEPERTI INI ADALAH HANYA ULAMA POLITIK. JIKA BETUL PUN ADA ULAMA SEJATI DI DALAM PAS, TIADAKAH USAHA UNTUK MEMBERI 'KAUNSELING' KEPADA 'ULAMA' CELUP INI?



AKIBAT MARAHKAN NYAMUK, KELAMBU DIBAKAR
Akibat marahkan BN, pengundi menunjukkan kemarahan ini di atas kertas undi. BN yang sebelumnya gah mempertahankan 2/3 kerusi di Parlimen kecundang jua, hanya
mendapat majoriti mudah sahaja untuk membentuk kerajaan.

Disebabkan ini, pemerintah baru di beberapa buah negeri yang dahulu dikuasai BN dan kini jatuh ke tangan PR menunjukan kelakuan dan rupa sebenar mereka. Boleh dikatakan lebih daripada 2/3 YB daripada PR ini seolah-olah seperti kaduk naik junjung.

Kelihatannya mereka terlalu 'kemaruk kuasa'. Nampak berlebih-lebih. DAP paling ketara, tambahan pula kebanyakkan daripada YB mereka terdiri daripada Peguam. Sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman. Sentiasa memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia.

PAS juga seperti mengikut rentak 'sahabat dunia akhirat' mereka ini. Apa sahaja kata-kata dan 'nasihat' DAP semuanya betul dan molek belaka. Nampak seperti PAS telah 'lupa' dengan perjuangan asal mereka, sehinggah sanggup membiarkan Islam dan Melayu berpecah-belah asalkan dapat memerintah.

PKR pula dengan pelbagai janji dan retorik kosong untuk menubuhkan kerajaan baru. Hampir setiap hari rakyat dimomokkan dengan kenyataan bahawa ada beberapa YB di kalangan BN akan melompat parti. Juga seperti PAS, yang sanggup mengenepikan agama dan bangsa sendiri demi kelangsungan perjuangan politik mereka.

Perhatikan pula gelagat kebanyakan gelagat YB mereka di parlimen dan di sidang DUN. Tempikan, pekikan sering sahaja dilakukan oleh YB mereka. Macam tak tahu undang-undang dewan. Tak kurang juga yang mengeluarkan perkataan yang sepatutnya disebutan kepada YB, atau etnik yang lain. Tidak pula difikirkan tentang perasaan orang lain.

Terdapat juga YB mereka yang seperti bukannya seperti rakyat Malaysia. Nak bercakap dan berhujah dalam Bahasa Malaysia pun perlu berpandukan pada catatan dan kerkial-kial untuk menjawab dan memberikan jawapan secara lisan dalam BM. Hal ini terjadi kerana mereka tiada kecintaan dan tidak menghormati BM sebagai bahasa kebangsaan.

KOMEN SAYA : SEBELUM INI SIKAP SEBEGINI TIDAK PERNAH BERLAKU DI DALAM PARLIMEN ATAU DI DUN. PR SEBENARNYA PENGECUT, KERANA HANYA BERANI MENGUCAPKAN SESUATU ISU YANG SENSETIF DI DALAM DEWAN SAHAJA DAN TIDAK BERANI MENGULANGINYA DI LUAR DEWAN. KONONNYA MEREKA MEREKA ADA BANYAK BUKTI DAN SERIBU MACAM LAGI. AKHIRNYA MEREKA HANYA DIAM SAHAJA MACAM ITU SAHAJA.



Ini hanyalah secebis sahaja daripada impak daripada kemenangan mereka. Sehingga menjelangnya PRU13, tidak mustahil akan ada banyak lagi tindakan pelik dan bodoh yang akan dilakukan oleh mereka.

Semasa kuasa masih ada di tangan merekalah, maka apa saja peluang dan kesempatan yang boleh akan digunakan dan diperas sehabis-habisnya.

Apa yang amat ditakutkan, telah nampak bibit-bibit hak dan kepentingan melayu dan bumiputra telah direnggut sedikit demi sedikit, dengan bantuan daripada melayu dan bumiputra sendiri dari kalangan mereka.

Entahlah.......nasi macam dah nak jadi bubur..... bukannya bubur yang sedap tetapi bubur yang hendak hangit.

Wassalam.

Selasa, April 28, 2009

Kelam-kabut dunia hari ini

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Telah lama rasanya saya tidak kemaskini blog ini. Kesibukan tugas yang menyempitkan masa saya.

Mungkin semua telah mengetahui apakah itu kelam-kabut yang berlaku sekarang kan? Jom kita senaraikan satu persatu.

Kelam-kabut 1
Kelam-kabut, memang kelam-kabut dengan apa yang terjadi pada dunia hari ini. Kalau kita perhatikan di Malaysia sahaja, seolah-olah seperti adanya pesta pilihanraya. Hampir setiap bulan pilihanraya kecil di adakan. Kalau dalam bahasa kasarnya, 'dah rasa nak muntah'. Pening kepala, sesak nafas dan seribu satu perasaan yang bergelora untuk menghadapi situasi ini. Tak habis-habis dengan politik. Bila nak buat kerja? Bila pembangunan dan kemajuan hendak dilaksanakan, jika asyik dengan pilihanraya sahaja. Kalau pilihanraya disebabkan kematian, itu dapat diterima kerana ajal maut di tangan tuhan.

Tapi, kalau pakai hentam suka-suka hati je nak letak jawatan, ni apa kes? Kami insan-insan 'kerdil' ni dah muak dan bosan dengan situasi ini. Ini belum masuk lagi bab kempen pilihanraya yang diisi dengan agenda fitnah, pembohongan, caci-mencaci, pergaduhan dan seribu satu macam lagi kerenah parti politik (selalunya dicetuskan oleh pihak sebelah sana, sapa lagi kalau bukan geng-geng PR)

Yang hairan bin ajaibnya tu, para pengikut mereka seola-olah terpukau dengan 'kelunakan' maki-hamun, 'kemerduan' cacian dan 'keindahan' fitnah yang dilakukan atau dilemparkan oleh pemimpin mereka. Dah tak tahu nak fikir ke? Ke manakah kewarasan anda untuk mempertimbangan dan menyesuaikan antara kebenaran dan kepalsuan?

Kelam-kabut 2
Liberalisasi sub sektor kerajaan. Isu ini tidak dapat saya nak ulas panjang kerana baru sahaja diumumkan. Dan semalam (27/4/09) diumumkan pula bagi sektor kewangan. Saya masih dalam proses pengamatan tentang isu ini. Juga pendapat daripada beberapa pakar ekomoni negara. Walau bagaimanapun, harapan saya kepada PM kita agar hal ini tidaklah sampai menidakkan hak dan keistimewaan Melayu dan Bumiputra. Ke mana lagi kekuatan kita jika tiada kekuatan ekonomi sebagai tonggaknya.

Juga diharapkan PM kita ini janganlah terlalu menurut sangat permintaan kaum lain yang nampaknya seolah-olah hampir 'merampas' hak kita sedikit-demi sedikit. Ke mana lagi hak kita sebagai majoriti 60% penduduk Malaysia jika tiada keistimewaan ini yang seolah-olah dihakis perlahan-lahan.

Harapan saya agar jangan kita terlalu bertolah-ansur untuk mendapat undi dan kepercayaan kaum minoriti sehinggakan keistimewaan dalam tangan bangsa sendiri ditolak secara beransur-ansur. Jangan pula nanti keistimewaan dan kelebihan untuk melayu dan bumiputra hanya sekadar di atas kertas sahaja dan sebagai pelengkap pada Perlembagaan dan Rukun Negara sahaja atau menjadi lebih teruk lagi hanya sebagai tinggalan sejarah sahaja.

Kelam-kabut 3
Virus Selsema Babi-H1N1. Ini pun satu lagi, memang susah nak cakap. Virus yang tiba-tiba menyerang dan menggemparkan seluruh pelusuk dunia. Virus ini dilaporkan memang mudah merebak. Lebih cepat dari virus selsema burung. Sebab itulah Islam mengharamkan babi, impaknya adalah amat besar. Tetapi, yang menyedihkan kalau kita terkena virus disebabkan oleh orang lain. Tak ke naya (teraniaya).

Banyak lagi rasanya jenis-jenis kelam kabut kalau hendak disenaraikan. Kalau ada kesempatan saya akan bersambung lagi.

Wassalam...

Rabu, Disember 24, 2008

Majlis Peguam - apa nak jadi?

Majlis Peguam (MP) ternyata sekali begitu berminat untuk melibatkan diri dalam kancah politik Malaysia. Ini terbukti melalui beberapa kenyataan yang dibuat oleh beberapa orang-orang kuatnya termasuklah presidennya sendiri iaitu Datuk Ambiga.

Mari kita lihat beberapa kenyataan daripada Majlis Peguam yang menyokong pernyataan penulis :-

1. Desakan menghapuskan ISA - isu ini lantang dilaungkan oleh geng-geng Pakatan Rakyat (PR). Termasuk juga beberapa individu daripada parti komponen Barisan Nasional (BN). MP ternyata lantang menyokong isu ini. Mereka cukup berbangga menyokong agar ISA dihapuskan. Penulis tidak nampak rasionalnya MP memberikan pendapat demikian.
PERSOALANNYA :MENGAPA PERLU TAKUT DENGAN ISA JIKA KITA BERADA DI PIHAK YANG BENAR, DAN TIDAK MELAKUKAN TINDAKAN UNTUK MEMPORAK-PERANDAKAN NEGARA, MEMBANGKITKAN KEMARAHAN KAUM, TIDAK MEMBANGKITKAN ISU MENGENAI SENSETIVITI AGAMA DAN APA-APA JUA YANG TELAH TERTAKLUK DALAM PERLEMBAGAAN? JIKA SESEORANG ITU TIDAK BERSETUJU DENGAN ISA ADAKAH MEREKA INI MEMPUNYAI KECENDERUNGAN UNTUK MELAKUKANNYA? TEPUK DADA TANYA FIKIRAN....


2. Demonstrasi oleh JERIT - MP juga senada dengan geng-geng PR. Dengan bangganya MP memberikan beberapa kenyataan seolah-olah tindakan yang dilakukan olek para peserta kayuhan anjuran JERIT itu adalah demokrasi (walaupun para pengayuh itu adalah remaja di bawah umur 18 tahun). Dengan bangganya MP menyatakan akan membela para peserta ini / waris mereka jika didakwa.

PERSOALANNYA : MENGAPA PARA REMAJA INI PERLU DIAJAR MENYATAKAN KETIDAKPUASAN HATI MELALUI DEMONTRASI? BUDAYA INIKAH YANG AKAN KITA WARISKAN KEPADA GENERASI MUDA? MAHUKAH KITA MELIHAT MEREKA MEMBESAR DENGAN HATI YANG PENUH DENDAM, CURIGA DAN SERIBU SATU PERASAAN NEGATIF YANG TIDAK KITA KETAHUI. JIKA INILAH TUJUANNYA MEMANG PIHAK-PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNG INI SENGAJA HENDAK MENGHANCURKAN NEGARA WALAU DENGAN CARA APA SEKALIPUN. ADAKAH MP JUGA SETUJU DENGAN KEHANCURAN INI? JIKA MP SELALU SANGAT MASUK CAMPUR DALAM SOAL POLITIK, LEBIH BAIK MP DIJADIKAN SEBAGAI PARTI POLITIK. JADILAH POLITIKUS YANG BERWIBAWA BUKANNYA BERSELINDUSNG DI SEBALIK MP DAN PR.