Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Seloka 'Politik biskut' membuka bicara
Sekejab ada sekejab pula tiada
Kejab jadi MB
Kejab tidak lagi
Kejab masuk Pejabat MB
Kejab keluar lagi
Bila Mahkamah dah beri
Nizar dapat balik jawatan MB
Riuh-rendah sana sini
Para penyokong menyanyi-nyanyi
Tak kurang Siva, Ngeh dan Nga lagi
Sama-sama ketawa sampai nampak gusi
Keputusan mahkamah dapat kat depa
Orang lain semua depa dah lupa
Pujian menggunung untuk loyar depa la
Hakim dan mahkamah memang boleh percaya
Demokrasi pula sentiasa dipelihara
(puji la sebab menang kat depa)
Jawatan MB paling di atas
Pegawai tak sebulu pula dicantas
Semua dendam habis dilepas
Tunjuk kuasa kononnya tegas
Kalau boleh semua nak lekas-lekas
Takut nanti akan melepas
Rupanya langsung tak berbekas
Bila semua sudah dikejar
Nampak sangat macam kurang ajar
Matlamat utama DUN akan dibubar
Konon kuasa rakyat tak boleh dibiar
Biar panas mentari membakar
Matlamat Malaysian Malaysia makin berkobar
Semuanya nampak elok di mata pr
Tak sampai 24 jam jawatan Nizar sandang
Kena undur balik, punyalah dia bengang
Pasai Zamri tak akan lepas sebarang
Hak majoriti DUN, BN yang pegang
Mahkamah luluskan rayuan, Zamri girang
PR mula rasa tak senang
Dikata mahkamah putuskan 'sembarang'
(pasai mahkamah tak sebelahi depa)
Seloka biskut berundur diri
Mungkin pedas jika makan cili
Sampai bila Melayu akan begini
Orang lain bersatu kita makin lari
Matlamat perjuangan makin dilupai
Jangan menang sorak kampung tergadai
Generasi hadapan akan berkecai
Hidup merempat di bumi sendiri
Hanya sedikit pesanan cuma
Amanat Allah jangan dilupa
Pemerintah harus jujur sedia
Ingat akan hukum karmanya
Agama, bangsa dan negara
Itulah matlamat utama
Agar sentosa dan aman adanya
Fikir-fikirkanlah semuanya
Wassalam......
Khamis, Mei 14, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan