Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Telah lama rasanya saya tidak kemaskini blog ini. Kesibukan tugas yang menyempitkan masa saya.
Mungkin semua telah mengetahui apakah itu kelam-kabut yang berlaku sekarang kan? Jom kita senaraikan satu persatu.
Kelam-kabut 1
Kelam-kabut, memang kelam-kabut dengan apa yang terjadi pada dunia hari ini. Kalau kita perhatikan di Malaysia sahaja, seolah-olah seperti adanya pesta pilihanraya. Hampir setiap bulan pilihanraya kecil di adakan. Kalau dalam bahasa kasarnya, 'dah rasa nak muntah'. Pening kepala, sesak nafas dan seribu satu perasaan yang bergelora untuk menghadapi situasi ini. Tak habis-habis dengan politik. Bila nak buat kerja? Bila pembangunan dan kemajuan hendak dilaksanakan, jika asyik dengan pilihanraya sahaja. Kalau pilihanraya disebabkan kematian, itu dapat diterima kerana ajal maut di tangan tuhan.
Tapi, kalau pakai hentam suka-suka hati je nak letak jawatan, ni apa kes? Kami insan-insan 'kerdil' ni dah muak dan bosan dengan situasi ini. Ini belum masuk lagi bab kempen pilihanraya yang diisi dengan agenda fitnah, pembohongan, caci-mencaci, pergaduhan dan seribu satu macam lagi kerenah parti politik (selalunya dicetuskan oleh pihak sebelah sana, sapa lagi kalau bukan geng-geng PR)
Yang hairan bin ajaibnya tu, para pengikut mereka seola-olah terpukau dengan 'kelunakan' maki-hamun, 'kemerduan' cacian dan 'keindahan' fitnah yang dilakukan atau dilemparkan oleh pemimpin mereka. Dah tak tahu nak fikir ke? Ke manakah kewarasan anda untuk mempertimbangan dan menyesuaikan antara kebenaran dan kepalsuan?
Kelam-kabut 2
Liberalisasi sub sektor kerajaan. Isu ini tidak dapat saya nak ulas panjang kerana baru sahaja diumumkan. Dan semalam (27/4/09) diumumkan pula bagi sektor kewangan. Saya masih dalam proses pengamatan tentang isu ini. Juga pendapat daripada beberapa pakar ekomoni negara. Walau bagaimanapun, harapan saya kepada PM kita agar hal ini tidaklah sampai menidakkan hak dan keistimewaan Melayu dan Bumiputra. Ke mana lagi kekuatan kita jika tiada kekuatan ekonomi sebagai tonggaknya.
Juga diharapkan PM kita ini janganlah terlalu menurut sangat permintaan kaum lain yang nampaknya seolah-olah hampir 'merampas' hak kita sedikit-demi sedikit. Ke mana lagi hak kita sebagai majoriti 60% penduduk Malaysia jika tiada keistimewaan ini yang seolah-olah dihakis perlahan-lahan.
Harapan saya agar jangan kita terlalu bertolah-ansur untuk mendapat undi dan kepercayaan kaum minoriti sehinggakan keistimewaan dalam tangan bangsa sendiri ditolak secara beransur-ansur. Jangan pula nanti keistimewaan dan kelebihan untuk melayu dan bumiputra hanya sekadar di atas kertas sahaja dan sebagai pelengkap pada Perlembagaan dan Rukun Negara sahaja atau menjadi lebih teruk lagi hanya sebagai tinggalan sejarah sahaja.
Kelam-kabut 3
Virus Selsema Babi-H1N1. Ini pun satu lagi, memang susah nak cakap. Virus yang tiba-tiba menyerang dan menggemparkan seluruh pelusuk dunia. Virus ini dilaporkan memang mudah merebak. Lebih cepat dari virus selsema burung. Sebab itulah Islam mengharamkan babi, impaknya adalah amat besar. Tetapi, yang menyedihkan kalau kita terkena virus disebabkan oleh orang lain. Tak ke naya (teraniaya).
Banyak lagi rasanya jenis-jenis kelam kabut kalau hendak disenaraikan. Kalau ada kesempatan saya akan bersambung lagi.
Wassalam...
Selasa, April 28, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan